BENGKEL MICROCREDENTIAL USAS

 Pada 8 dan 9 Ogos 2022, saya telah dijemput untuk menjalankan bengkel Microcredential untuk pensyarah-pensyarah dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala kangsar, Perak. Bengkel dijalankan di Hotel Taiping Perdana, Taiping. 


 
Bengkel ini melibatkan pengenalan kepada Microcredential dan bagaimana bahan-bahan untuk program MC boleh dihasilkan oleh pensyarah. Ada dalam kalangan pensyarah yang telah menghasilkan bahan digital masing-masing, jadi saya cuba untuk membantu mereka menambah baik supaya MC mereka dapat dikomersialkan dengan lebih berkesan melangkau kandungan digital biasa. Juga penghasilan bahan MC perlu dilihat dari segi Copuright dan etika memandangkan ianya lebih kepada penghasilan bahan terkini dan relevan dengan isi kandungan yang ingin ditawarkan.



Sebahagian dari pensyarah-pensyarah USAS yang hadir.




Terima kasih atas komitment semua.. 


PMAAZ 10 Ogos 2022


PROFAIL TERKINI

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


Lama tidak berkesempatan menulis di sini atas kekangan kerja. Saya telah diminta untuk menyediakan infografik profail diri saya oleh satu JK USM. Jadi berhari-harilah saya mengerjakannya. Kelewatan bukan disebabkan oleh tiada kemahiran membuat infografik, guna Canva sudah cukup mudah. Tetapi masalahnya adalah semua perkara terasa ingin dimasukkan dalam infografik ini. Sekejab delete.. sekejab delete... akhirnya terhasillah yang tertera di bawah. Moga Allah permudahkan urusan saya seterusnya nanti. InsyaAllah.


PMAAZ


SOALSELIDIK: Komunikasi Ibubapa/Penjaga dan Guru/Sekolah Semasa PdPR Covid-19

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

 
Mohon bantuan untuk mengisi survey di bawah berkaitan pembelajaran anak-anak dari rumah dari perspektif ibu bapa. Bantuan anda semua didahuluikan dengan ucapan terima kasih.
 

Technology Enhanced Teaching & Learning

Pada 3-4 Julai 2020 dan 6-7 Julai 2020 saya telah dijemput untuk mengendalikan sesi latihan di Institut Kemahiran Tinggi Perda (Perda-Tech) di Nibong Tebal Pulau Pinang. Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Perda-Tech yang agak jauh perletakkannya itu. Jalan menghala ke Perda-Tech melalui perkampungan dan ladang kelapa sawit dan ianya terletak di hujung jalan. Alhamdulillah waze telah memudahkan perjalanan saya ke sana walau pun memandu seorang diri.

Bengkel yang dijalankan ke atas dua kumpulan pensyarah Perda-Tech tersebut saya namakan Tecnology Enhanced Teaching and Learning di mana saya cuba mengenengahkan teknologi-teknologi mudah untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sisipan teori pembelajaran juga diambilkira supaya bukan hanya teknologi yang diutamakan tetapi bagaimana teori menyokong aplikasi teknologi dalam kelas. Biasanya apabila saya mengendalikan apa juga bengkel, saya akan menyediakan modul dalam talian yang boleh digunakan oleh peserta semasa dan selepas bengkel.

Alhamdulillah bengkel telah dapat dijalankan dengan jayanya walau pun saya sedikit keletihan mrmandangkan telah sekian lama tidak menjalankan latihan secara bersemuka sejak PKP yang lalu. Namun begitu saya bersyukur diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk berjaya menjalankan amanah dari pihak Perda-Tech. 

Moga bengkel yang dijalankan telah memberikan manafaat kepada semua pensyarah Perda-Tech. 

Untuk sebarang pertanyaan dan jemputan bengkel, sila hubungi azidah@usm.my

~PMAAZ















Creating Your Academic/Teaching Portfolio

Pada hari Selas, 21 Januari 2020, saya telah menerima jemputan dari ADEC, Universiti Malaya untuk menjalankan bengkel mereka bentuk dan membangunkan Portfolio Pengajaran dan Akademik untuk pensyarah. Dalam bengkel ini mereka didedahkan dengan apa itu Portfolio akademik dan mengenalpasti isi kandungan portfolio akademik masing-masing. 
Papan tanda Bengkel
Swafoto bersama peserta yang terdiri dari pensyarah UM

Peserta sedang menyediakan portfolio masing-masing

Saya suka berada di sini :-)


Moga semua perserta berjaya menhasilkan portfolio yang dapat memberi manafaat kerpada kerjaya masing-masing.

~PMAAZ

SIRI PODCAST TEKNOLOGI LITERASI KANAK-KANAK [SIRI 1]

Alhamdulillah.. telah lama saya ingin mengadakan siri podcast berkenaan teknologi literasi untuk kanak-kanak. Dalam siri podcast ini, saya ingin berkongsi tips-tips berkenaan penggunaan teknologi untuk kanak-kanak terutama untuk kanak-kanak seawal usia kelahiran hinggalah ke tahap 1 persekolahan.

Tujuan utama siri podcast saya ini adalah untuk mendedahkan ibu bapa dan guru-guru dalam membantu anak-anak dan murid-murid tentang penggunaan teknologi yang berkesan. Dalam siri podcast ini, saya akan berkongsi dengan anda semua, ibu bapa dan guru-guru terutamanya tentang penggunaan peranti digital berinternet kepada kanak-kanak. bagi mengoptimumkan pengetahuan dan kemahiran mereka, juga memastikan mereka faham dan kompeten dalam penggunaan teknologi yang selamat.

ALHAMDULILLAH SAYA TELAH BERJAYA MENGHASILKAN DUA EPISOD UNTUK SIRI SATU SEPERTI DI BAWAH. InsyaAllah akan meneruskan untuk Episod 3 dan 4 dalam jangkamasa terdekat. Jemput semua untuk mendengar kedua-dua episod yang telah dihasilkan.

p/s Maaf jika audio kurang memuaskan, ini adalah percubaan pertama saya menghasilkan podcast dengan menggunakan peranti digital sedia ada.

SIRI PERTAMA (Isu Penggunaan Teknologi Oleh Kanak-Kanak)
1. Episod 1 : Pengenalan kepada Siri Podcast Teknologi dan Kanak-kanak 


2. Episod 2 : Mengapa Teknologi Perlu untuk Kanak-kanak? 


3. Episod 3 : Pengenalan kepada Keselamatan internet 



4. Episod 4 : Kesimpulan SIRI PERTAMA


InsyaAllah... tunggu episod seterusnya ya...

~PMAAZ






Bengkel Teaching and Academic Portfolio UM

Alhamdulillah.. meng google pagi ni untuk cari kot2 ada publication 2019 yang belum masuk CV, tiba-tiba terjumpa buletin ADEC, UM dengan gambar-gambar sendiri semasa menjalankan bengkel Akademik Portfolio September 2019. Alhamdulillah.. ramai participants and excellent feedback dari mereka. Minggu depan 21 January telah di book awal-awal oleh UM sekali lagi untuk bengkel tajuk yang sama. Setakat ini participants dah lebih 30 orang yang mendaftar... Subhananallah.. Syukur atas rezeki. Moga Allah sihatkan tubuh badan dan berikan kesihatan yang baik untuk mencurahkan ilmu di UM minggu hadapan. #SyukurSelalu




Bengkel Pembangunan Portfolio Akademik

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut...


~PMAAZ

Anugerah Ketokohan (Anugerah Sanggar Sanjung USM)

#Alhamdulillah menerima Anugerah Ketokohan dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Syed Jamalullail, Sultan Perlis 22 Oktober 2018 di Majlis Anugerah Sanggar Sanjung USM 2018.  Semoga usaha saya untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di Malaysia akan terus diiktiraf. InsyaAllah. #USMStyle #WeLead #sulongselalu


~PMAAZ


KEYNOTE SPEAKER IMETC 2018

#Alhamdulillah saya telah dijemput sebagai salah seorang Keynote Speaker untuk International Malaysian Educational Technology Convention 2018 yang berlangsung di BTPN Negeri Pahang, Kuantan pada 24 September hingga 26 Sepetember 2018


Tema untuk konvesyen tersebut adalah ‘Connectivism in Education: Between Plugged and Unplugged'. Abstrak untuk keynote yang telah sampaikan adalah seperti di bawah. Manakala anda boleh menonton keynote tersebut melalui laman Youtube di bawah. Diharap perkongsian ini memberi manafa'at kepada semua.

Designing Impactful Blended Learning Experiences in Higher Education

Effective blended learning experience design can create relevant, engaging and memorable educational experiences for students in higher education. Educators role should be less about building slides, modules or content. It should be now more about curating the learning experience. As such, designing appropriate blended learning experiences is crucial especially to properly engage learners with the learning activities and help them achieve the learning outcomes. It is suggested that collaboration between teachers and students around blended learning design is crucial and may result in amazing experiences and prepare them to be persistent learners who can create learning goals and plot paths to meet those goals. This can be achieved by providing immersive, real-world simulations or experiences using a blended learning platform towards a personalised learning environment. The blended learning strategies might include open communication, designing activities involving critical reflection and discourse online and offline, and finally, creating and sustain a sense of community between learner and teachers. It is also suggested that designing appropriate and engaging activities with proper instructions in an e-learning platform can lead to better learning outcomes of students. Finally, all the student blended interactions can be stored and analysed in e-learning platform for various purposes, such as tracking the learning progress, recognising misconceptions, or getting more information about the student needs or features and, therefore, enriching the student learning. The impactful blended learning experience in higher education is by design and can be one of the keys to unlocking the full value of blended learning experiences in higher education.




 ~PMAAZ