LDP SK PK Alma (Penglihatan)

18:46 mel 0 Comments

Pada 18 Januari 2017 saya telah menjalankan satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kepada guru-guru SK Pend. Khas Alma (Penglihatan) bertajuk Profesional Learning Community (within the 21st Century Learning).  Alhamdulillah bengkel telah berjalan lancar dan guru-guru telah menunjukkan minat dan memberikan maklumbalas yang positif terhadap LDP tersebut. Utk latihan-latihan seperti ini saya biasanya berkongsi ilmu dan kemahiran dengan guru-guru dan ianya merupakan khidmat komuniti dan bantuan yang saya boleh berikan kepada mereka. Saya tidak menetapkan bayaran tertentu, bagi saya yang penting adalah perkongsian ilmu dan dapat membantu guru dalam memperluaskan ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam menggunakan teknologi dalam PdP. Insyaallah moga ilmu yang saya kongsi itu dapat memberi manafaat kepada semua yang hadir dan ianya adalah bekalan untuk saya di SANA nanti. 

Pendekatan saya dalam menjalankan latihan juga berbeza. Biasanya saya akan mulakan latihan dengan menguji pengetahuan sedia ada peserta dalam topik yang akan dibincangkan. Setelah itu barulah sesi latihan yang lebih kepada 'student-centered' akan dilakukan.

 Di samping memberikan latihan, ada juga sesi penilaian dilakukan dan guru yang berjaya menerima cenderamata kecil dari saya.. Coklat je pun.. :P
Bersama Guru Besar dan guru-guru SKPK Alma

Sesi menandatangai Sijil Kerjasama Pintar

Guru-guru yang hebat2 belaka

Apalah yg tengah saya cakap tu... :P
Alhamdulillah.. Kerjasama Pintar yang telah dimetarai
Menerima Cenderamata dari Guru Besar SKPK Alma.. Mujur mereka tak bagi saya tudung Fareeda sbb saya tak pakai Tudung Fareeda... hahaha..
First time guna Kahoot.. masing-masing sangat excited

Sijil Kerjasama Pintar

Sedang memberikan latihan.. saya kadang2 agak risau bila menjalankan latihan waktu petang, takut-takut guru-guru penat dan mengantuk.. alhmadulillah nampaknya semua ok dan segar bugar.

Sesi perbincangan PLC


Sesi perbincangan PLC


Sesi Perbincangan PLC 



Guru-guru telah berbincang tentang Profesional Learning Community dan bagaimana ianya boleh dilaksanakan di SKPK Alma dengan melibatkan bukan hanya guru-guru tetapi juruteknik dan PPM. Idea-idea yang dikemukakan sangat bernas dan ianya boleh membantu dalam meningkatkan kualiti dan menghasilkan inovasi baru dalam PdP SKPK Alma terutama kepada murid-murid yang bermasalah penglihatan.


Alhamdulillah semoga kerjasama yang terjalin memberikan manafaat kepada semua dan Allah memberikan kesihatan dan kekuatan kepada saya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat terutamanya kepada sekolah dan guru-guru di mana-mana sahaja.. Amin..

~PMAAZ

0 comments: