Bengkel Pemantapan PdP Penceramah INSTUN 2017

21:51 mel 0 Comments

Pada7 dan 8 September 2017, saya telah dijemput sebagai penceramah/pemudahcara Kursus Pemantapan PdP menggunakan Interactive ICT Tools oleh Bahagian Teknologi Maklumat, Institut Tanah dan Ukur Negara, Tg Malim Perak, Ini adalah kali ke 3 saya dijemput oleh INSTUN untuk memberikan kursus kepada kakitangan mereka yang menjalankan latihan kepada kakitangan kerajaan seluruh Malaysia.

Saya telah diberi akses kepada satu kursus bertajuk Pemantapan PdP menggunakan Interactive ICT Tools (TM032/17) di elearn.instun.gov.my dan keseluruhan modul latihan  telah saya masukkan di sana untuk memudahakan  para peserta mengakses bahan tersebut selepas latihan dijalankan.

Sebahagian peserta kursus
Saya ketika menjalankan latihan
Peserta sedang melakukan aktiviti

Ketua jabatan Bahagian Teknologi Maklumat, INSTUN, Encik Nasir ismail (kiri) turut menghadiri latihan yang dijalankan.

Di bawah merupakan dalah satu padlet yang digunakan oleh peserta untuk menjalankan aktiviti semasa bengkel tersebut. Peserta telah didedahkan dengan penggunaan ICT tools dan apps seperti biteable, canva, screencast-o-matic dan mentimeter berasaskan pendekatan Gagne 9 events of instruction. Alhamdulillah bengkel telah berjalan lancar dan diharapkan semoga bermanafaat kepada semua peserta dalam memantapkan latihan yang akan mereka laksanakan di masa yang akan datang.

Made with Padlet

~PMAAZ

0 comments: