TOT BTP PULAU PINANG

06:29 mel 0 Comments

Pada 18 hingga 21 Mei 2015 telah dijalankan latihan Training of Trainers untuk Penyelaras Bestari dan Penyelaras ICT sekolah-sekolah daerah Perai dan Bukit Mertajam anjuran Pusat Kegiatan Guru BM, Bahagian Teknologi Pendidikan Pulau Pinang. Bengkel selama 4 hari ini dibahagikan kepada 2 kumpulan, di mana kumpulan pertama pada 18-19 Mei manakala kumpulan kedua pada 20-21 Mei. Bengkel ini juga disertai oleh Gurubesar, Pengetua dan Penolong Kanan yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut kaedah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.  Seramai 48 orang peserta menyertai bengkel ini.

Pengenalan Peserta-peserta yang menghadiri bengkel



KOHORT 1

Salah satu bahan yang digunakan dalam bengkel ini adalah seperti di bawah. Anda boleh merujuk kepada laman storify.com/azidahziden untuk melihat bahan-bahan kursus saya yang lain.




KOHORT 2



Pada amnya, bengkel ini telah mendedahkan peserta dengan 21st Century learning yang sepatunya telah diketengahkan oleh para guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Peserta bengkel juga telah didedahkan dengan pelbagai tools dan aplikasi Web 2.0 mudah yang dapat dioptimakan penggunaanya dalam bilik darjah. Refleksi peserta amat positif dari bengkel yang telah dijalankan ini.

~AAZ

0 comments: