BENGKEL MOOCS (tidak dirancang)
Hari ini 23 Ogos 2017 terjadinya satu bengkel MOOCs yang saya terpaksa kendalikan tanpa dirancang. Al-kisah sebenarnya saya diminta membantu untuk satu bengkel MOOCs di Pusat Pengajian Sains Sosial hari ini tetapi ianya dibatalkan. Oleh yang demikian saya telah merancang satu lagi bengkel bersama2 rakan sekerja untuk menyiapkan MOOCs USM yang diminta kami siapkan oleh pihak pengurusan. Kami berbengkel untuk memastikan kerja kami siap!
Walaubagaimanapun, baru sahaja saya memulakan kerja menambahbaik MOOCs saya di openlearning.com bertajuk "21st Century Teaching Strategies" tiba-tiba saya menerima panggilan telefon kecemasan dari seorang lagi trainer yang menyatakan bahwa terdapat "mis-communication" tentang bengkel yang dibatalkan dan terdapat beberapa orang pensyarah yang menunggu kehadiran trainer untuk bengkel tersebut. Yang lebih mengharukan yang hadir termasuklah seorang pensyarah dari USM Kubang Kerian dan dari USM Kampus Kejuruteraan.
Oleh sebab trainer lain semuanya tidak ada di USM untuk menjalankan latihan tersebut, maka saya diminta untuk melakukannya. Walaupun pada mulanya hati rasa agak berat juga sebab tiada persediaan langsung, namun meikirkan ada peserta dari jauh yang menanti, lantas saya minta mereka hadir ke bengkel yang sedang berlangsung untuk saya gabungkan bersama-sama dengan rakan-rakan saya yang lain dalam pembikinan MOOCs.
Peserta-peserta yang hadir |
Pensyarah dari Kampus kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan PP Sains Sosial... juga sayalah tu.. |
Alhamdulillah, walaupun tanpa dirancang, Allah telah mempermudahkan bengkel tadi dan saya dapat menyampaikan ilmu yang diperlukan oleh pensyarah-pensyarah yang hadir. Syukur...
~PMAAZ (trainer bidan terjun hari ini)
0 comments: