Perjalanan sebagai Pendidik....
Perjalanan saya sebagai seorang pendidik bermula dari usia saya 12 tahun lagi.. ibu saya adalah seorang guru mengajar mengaji kanak-kanak di kawasan perumahan saya. Disebabkan saya selalu berada di sisi ibu ketika beliau mengajar mengaji, akhirnya saya ditugaskan untuk mengajar mengaji kanak-kanak yang lebih muda dari saya.. setiap petang selepas selesai sekolah. Sejak itu saya sangat gemar menjadi 'pengajar' kepada orang lain... dan dari situ.. cita-cita sebagai seorang guru tersemat dihati saya tanpa pernah padam..
Bagi saya guru bukanlah satu profesion tetapi ia adalah satu kehidupan bagi seseorang yang menghargai ilmu. Ilmu yang dicurahkan kepada insan lain merupakan satu ibadah yang tidak akan pernah padam selagi ianya digunakan.
0 comments: