STUDENT DEVELOPMENT PROGRAM 1 OKT 2015
Lunch & Learn Program iaitu Program Perkembangan Pelajar di bawah kelolaan Pusat Kecemerlangan Akademik (CDAE) USM telah diadakan pada 1 Okt 2015 jam 12 tengahari hingga 2 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan pelbagai isu dalam dunia akademik. Untuk sesi kali pertama Semester 1 Sidang Akademik 2015-2016 saya telah membincangkan isu Plagiarism dan topik yang pada hari tersebut adalah I'm too Busy... Can I just Copy & Paste?? Kehadiran pelajar untuk program ini adalah amat memberangsangkan iaitu seramai lebih kurang 500 orang pelajar telah menghadiri sesi tersebut. Setelah selesai sesi tersebut saya mendapat maklumbalas yang baik dari pelajar di mana terdapat pelajar yang berjumpa secara individu dengan saya mahupun melalui email untuk mendapat maklumat lanjut tentang Plagiarism.
Slide yang saya gunakan untuk perbincangan topik
Sebahagian dari pelajar yang hadir
Salah satu slide yang dibincangkan
Saya :-)
Lagi pelajar yang hadir
Bagi saya sesi seperti ini sangat bermanafaat kepada seluruh pelajar USM memandangkan isu-isu yang dideahkan kepada pelajar merupakan isu yang mungkin tidak terangkum dalam silibus kursus-kursus yang mereka pelajari. Selain dari menambah ilmu pengetahuan mereka, mereka dapat menafaatkan masa terluang ketika rehat makan tengahari. Sesi ini sangat santai dan saya suka kalau pelajar dapat dibenarkan menikmati makanan ketika sesi perbincangan dilakukan. :-)
AAZ/Okt 2015
0 comments: