Aplikasi Percuma Untuk Mencipta INFOGRAFIK

02:08 mel 0 Comments

Apa itu Infografik?

Infografik merupakan satu kaedah di mana maklumat dipersembahkan secara  secara visual yang menarik untuk disampaikan kepada audiens yang besar. Perkataan INFOGRAFIK bermakna grafik dan teks mudah yang digabungkan bagi menggambarkan data, ilustrasi, teks dan imej untuk menceritakan kisah yang lengkap.

Saya telah memilih beberapa aplikasi infografik percama yang saya rasakan sesuai digunakan untuk penghasilan infografik yang mudah dan berkesan. 

1. Vizualize.me

Vizualize. me adalah satu aplikasi infografik yang membolehkan anda cara yang baik untuk mengubah CV atau resume anda kepada infografik yang menarik. Ia juga mempunyai pautan terus kepada platform linked.in dan anda boleh mengimport profile dan maklumat dari linked.in ke Vizualize.me. Ianya adalah salah satu aplikasi yang menarik untuk mempromosikan diri anda menggunakan infografik. Anda boleh memilih antara beberapa tema (theme) sedia ada untuk menghasilkan infografik tentang diri anda.
infographics



Bagi saya vizualise.me merupakan satu aplikasi yang baik untuk anda cuba melakukan visualisasi dalam sesuatu perkara. Kita boleh memulakan dengan perkara yang paling dekat pada diri kita iaitu membuat infograpfik tentang diri sendiri, kemudian bolehlah kita memulakan visualisasi tentang perkara-perkara lain.

Rujukan menarik

2. Piktochart

Pickochart merupakan salah satu aplikasi percuma yang cepat dan mudah untuk menghasilkan infografik terutamanya bagi mereka yang bukan dalam bidang reka bentuk. Oleh sebab aplikasi ini boleh digunakan secara percuma, anda akan dapat menghasilkan infografik anda dengan mudah tanpa memerlukan anda mengeluarkan wang dalam penghasilan infografik tersendiri.Pictochart juga mempunyai pilihan sama ada untuk anda melanggan akaun Premium yang mempunyai fitur yang lebih banyak. Anda boleh memilih 4 tema dan 20 gambar boleh dimuatnaik untuk akaun Pictochart percuma. Bagi saya akaun pictochart percuma sudah memadai untuk saya menghasilkan pelbagai infografik mengikut keperluan saya.
Free infographics tools: Picktochart




3. Infogr.am

Infogr.am adalah satu aplikasi percuma yang membolehkan pengguna mengakses dan membina pelbagai graf, carta dan peta serta berupaya untuk memuat naik gambar dan video untuk mewujudkan grafik yang menarik. Ianya membolehkan pengguna menyesuaikan data dengan membentuk infografik dalam gaya hamparan Excel. Ianya boleh diedit dan perubahan boleh dilihat secara otomatik.  Apabila anda berpuas hati dengan infografik anda, ianya boleh diterbitkan ke laman sesawang Infor.gram dan anda boleh berkongsi hasil kerja anda di laman sosial mahupun laman web anda sendiri. 







Free infographics tools: Infogr.am

4. Visual.ly


Visual.ly adalah platform komuniti untuk visualisasi data dan infografik yang ditubuhkan pada tahun 2011. Ia membolehkan anda membina infografik  dan berkongsi infografik tersebut di media sosial.








5. Google Developers







infographics
Display real live data with Google Developers
Google Developers merupakan aplikasi yang paling mudah untuk digunakan, dan ianya adalah percuma. . Anda boleh memilih dari pelbagai carta dan mengkonfigurasi pelbagai set pilihan untuk dipadankan dengan keperluan anda. Ianya boleh digunakan secara terus dan pengemaskinian akan berlaku seiring dengan penambahbaikan yang dilakukan oleh anda. Google Developers ialah penjana infographik yang mudah dan sesuai untuk pelbagai keperluan.

6. Easel.ly








Easel.ly merupakan satu aplikasi infografik berasaskan weeb yang percuma dan menawarkan banyak template percuma. Anda akan diberikan akses kepada penyimpanan tools seperti anak panah, pelbagai bentuk dan garisan. Teks boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis font, warna, gaya dan saiz teks. Aplikasi ini juga membolehkan anda memuat naik grafik anda sendiri  dan menyesuaikan kedudukan grafik tersebut mengikut keperluan anda. Penggunaan easel.ly ada sedikit persamaan dengan Pictochart walaubagaimanapun keduanya mempunyai keistimewaan tersendiri.








0 comments: