MOOC Training

03:04 mel 0 Comments

Pada 27 dan 28 April 2016, saya telah menyertai satu Bengkel Massive Open Online Courses (MOOC) anjuran CDAE, USM. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Dr. Aisyah Saad Abdul Rahim & Dr. Radziah Adam. Walaupun saya sendiri mengajar tentang MOOC untuk kursus saya PLG622, tetapi bagi saya bengkel ini amat bermanafaat dalam menambahbaik pengetahuan dan kemahiran saya dalam pembinaan kursus untuk MOOC ini.  USM juga dalam proses untuk menawarkan kursus-kursus MOOC dalam openlearning.com dan bagi saya ianya adalah satu platform yang amat sesuai untuk pembangunan MOOC bagi kursus-kursus di Universiti Awam, Malaysia. USM telah mempunyai platform MOOC di Openlearning.com seperti di bawah.

https://www.openlearning.com/usmmooc

 Terdapat juga beberapa kursus yang telah ditawarkan di bawah MOOC USM iaitu: 
  1. Winning Corporate Strategy For Business Sustainability
  2. History of New Media
  3. Introduction to Women and Gender Studies in ASEAN Context
 

Berbalik kepada Bengkel MOOC yang saya sertai 2 hari tersebut, ia sangat bermanafaat bagi pensyarah/guru yang ingin membina kursus sendiri dan menawarkannya kepada sesiapa sahaja. Melalui openlearning.com, pensyarah/guru boleh membina kursus berdasar silibus/kurikulum sedia ada atau boleh membangunkan kursus mengikut minat, kepakaran dan keperluan semasa. Pensyarah/Guru juga boleh membangunkan kursus untuk berkongsi bahan dan mendapat maklum balas berkenaan isu terkini yang boleh membangunkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pelajar mahupun pendidik.

Saya sebenarnya telah membina kursus dalam OpenLearning beberapa lama dahulu. Rupa-rupanya OpenLearning telah menukar kepada pembangunan menggunakan layout baru. Jadi bengkel ini merupakan satu pencerahan baru yang amat membantu dalam membangunkan kursus untuk MOOC di Open Learning. Ia juga sebenarnya amat saya perlukan untuk membantu saya kembali bersemangat dalam membangunkan MOOC saya. Disepanjang dua hari bengkel ini saya telah dapat mengimbas kembali apa itu MOOC. Nanti saya kongsikan apa itu MOOC di posting yang akan datang.

Hasil dari bengkel tersebut, saya berjaya membina dan mempersembahkan kursus saya iaitu Instructional Strategies yang saya bersemangat untuk menyiapkannya secepat mungkin dan dikongsi untuk semua.

Kredit to Prof Karim for the presentation photo :-)
Ok nanti kita sambung lagi tentang MOOC.

0 comments: