Bahan Pengajaran - PGT436e, PLG622, PLG722,
Saya suka memaparkan bahan pengajaran kepada pelajar secara atas talian. Tujuannya adalah supaya pelajar berpeluang mengakses bahan pengajaran sebelum kelas bermula atau sebelum topik tersebut dibincangkan (Flipped Classroom)Contoh Bahan Pengajaran PGT436eBahan pengajaran di bawah disediakan menggunakan platform Blendspace mengikut topik mingguan yang akan dibincangkan dalam kelas.
Contoh Bahan Pengajaran PLG622Berbeza dengan PGT436e, pelajar PLG622 diminta untuk menyediakan bahan pengajaran di bawah seliaan saya. Ini bermaksud mereka menyediakan bahan secara ekplorasi dan dimuatnaik ke dalam laman web yang saya sediakan dengan menggunakan perisian JOOMLA mengikut keperluan kursus Laman web di bawah adalah hasil dari ekplorasi pelajar PLG622 dan digunakan untuk perkongsian ilmu kepada pendidik,
Pembangunan laman sesawang Pusat Sumber Pendidikan Teknologi Komunikasi Maklumat bagi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia ini adalah atas inisiatif Dr. Azidah Abu Ziden dan pelajar-pelajar kursus PLG622- Perkembangan Bahan-bahan Pengajaran bagi membantu guru-guru dalam meningkatkan kemahiran dalam teknologi komunikasi maklumat untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Anda boleh akses laman sesawang ini di SINI
Contoh Bahan Pengajaran PLG722
Untuk Bahan Pengajaran bagi kursus PLG622, saya menggunakan platform Storify. Ini kerana pelajar kursus merupakan 'adult learners' yang mampu membina ilmu pengetahuan baru berasaskan 'cerita' yang saya sampaikan melalui laman web ini.
0 comments: