Bengkel Infografik 15/6/2016

19:41 mel 0 Comments

Bengkel infografik ini saya jalankan atas permintaan rakan-rakan sekerja di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM. Tujuna bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan para pensyarah tentang infografik supaya ianya boleh diguna dan dimanafaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebenarnya penggunaan infografik ini bukan hanya untuk digunakan oleh pensyarah tetapi saya biasanya menggunakan pendekatan infografik dalam persembahan oleh pelajar. Saya biasanya memberikan mereka teks atau informasi yang akhirnya pelajar perlu 'translate' menjadi insfografik. Oleh yang demikian kefahaman pelajar lebih mudah dikenalpasti dan sesi pembelajaran menjadi lebih menarik.


Aktiviti yang dilakukan semasa bengkel biasanya melibatkan 'hands-on' dalam pembikinan infografik. Untuk bengkel kali ini aplikasi yang digunakan adalah aplikasi "Piktochart"

Peserta kursus sedang khusyuk menyiapkan tugasan. Bersunguh2 nampaknya Dr Jamalsafri, Dr. Ahmad Zamri, Dr. Fadzilah & PM Dr Nor Shafrin

PM Dr. Aziah dan PM Dr. Rohizani serta Dr. Zarina sedang khusyuk membuat infografik

Dr. Rahimi sedang cuba menghasilkan infografik beliau. Dr. Aznan sampai menongkat dagu..

Dr Rozniza sebagai pembantu fasilitator


Alhamdulillah.. bengkel telah berjalan dengan jayanya walaupun di bulan puasa...

~PMAAZ

0 comments: