Bahan Bukti Penyeliaan
Pada tahun 2015, alhamdulillah dua orang pelajar PhD saya dijangka akan bergraduat ini di mana seorang (Zhwan Dalshad) telah selesai menghantar tesis akhir setelah menerima keputusan Pembetulan Minor semasa viva. Manakala Ismail Fayed sedang menunggu viva. . Saya adalah sorang yang sangat mementingkan pengurusan bahan dari pelajar siswazah di mana saya memastikan bahawa hasil penulisan pelajar dikomen secara sistematik menggunakan kaedah Review (Comment & Track Changes) dalam Microsoft Words dan menyimpan setiap komen dan pembetulan yang dicadangkan dalam satu folder di dalam komputer saya untuk rujukan saya apabila pelajar mengemaskini penulisan tesis masing-masing. Saya kurang gemar menerima 'hardcopy' dari pelajar memandangkan sekiranya saya menerima 'hardcopy' saya perlu mengembalikan hasil kerja pelajar dan tiada salinan yang dapat saya simpan untuk rujukan saya. Maka penggunaan Review (Comment & Track Changes) dalam Microsoft Words banyak membantu saya dalam penyeliaan pelajar-pelajar mode Penyelidikan dan pelajar yang sedang dalam penyediaan tesis mereka.
0 comments: