PnP USM Kubang Kerian 2017

18:15 mel 0 Comments

Pada 3 April 2017 buat pertama kalinya saya dijemput memberikan latihan ePortfolio Mahara@USM untuk sesi kursus PnP pensyarah baru Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian. Buat pertama kalinya pensyarah-pensyarah kampus kesihatan juga akan menggunakan platform Mahara untuk penyediaan Portfolio Pengajaran bagi proses pengesahan jawatan masing-masing. Penggunaan ePortfolio sebagai Portfolio Pengajaran adalah lebih fleksibel dan komprehesif berbanding portfolio secara 'hardcopy'. Latihan yang diberikan mendedahkan para pensyarah bagaimana menyediakan portfolio pengajaran, isi kandungan portfolio serta 'hands-on' proses penggunaan Mahara@USM.

Pensyarah-pensyarah baru Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian.
Walaupun baru pertama kali didedahkan kepada ePortfolio, masing-masing mampu mengaplikasi dengan baik

Sesi hands-on di Makmal Komputer PPSK dan bersama-sama pensyarah baru selesai Sesi Mahara@USM
Kumpulan PnP USM KK dalam Mahara@USM berkongsi link MAHARA masing-masing setelah selesai kursus


Kesemua pensyarah baru dan penyelaras Dr Ahmad Fuad.


Saya dan Dr Jamilah yang banyak membantu sy sepanjang berada di USM KK

Selfie sebelum pulang ☺️☺️

Semoga semua pensyarah mendapat manafaat dari perkongsian ini. 

~PMAAZ






0 comments: