Bahan PGT436E (a)

13:45 mel 0 Comments

Ini adalah salah satu intervention yang saya lakukan di dalam kelas untuk kursus PGT436e (Teknonologi dan Inovasi dalam Pendidikan. Di bawah tajuk Plagiarism, pelajar secara berkumpulan diminta untuk membuat satu infografikt tentang sub topik "Copyright for Educators". Tugas yang diberi adalah selama 2.5 jam sahaja iaitu saya telah memberikan kepada mereka tajuk dan  penerangan tentang Plagiarism selama lebih kurang setengah jam. Kemudian saya mengkhususkan kepada tajuk "Copyright for Educators" ini di mana setiap kumpulan diminta mencari apakah yang dikatakan "Copyright for Educators" dan bagaimana ianya boleh dijelaskan dengan lebih mudah melalui kaedah infografik. Tugas bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi dan semua hasil eksplorasi dan carian pelajar perlu ada dalam padlet beralamat http://padlet.com/azidahziden/copyright seperti yang tertera d bawah. 

Perbincangan tentang hasil kerja pelajar di bawah dibincangkan pada kelas seterusnya (pada minggu seterusnya).

Refelksi saya terhadap kaedah ini:
  1. Pelajar dapat melakukan tugasan dengan baik. Saya  merasa amat teruja memandangkan pelajar telah mempelajari DUA perkara dalam satu masa iaitu tentang isikandungan topik yang dipelajari iaitu Copyright for Educators dan juga mereka telah mempelajari aplikasi baru iaitu Infographics tanpa saya perlu perkenalkan apakah aplikasi infographics tersebut dan cara menunjukkan kaedah penggunaannya aplikasi tersebut. Kedua-dua isi kandungan dan aplikasi baru dicari dan dieksplorasi sendiri oleh pelajar secara berkumpulan dalam masa 2.5 jam sahaja.
  2. Miskonsepsi pelajar dapat dikenalpasti dengan mudah dan jelas melalui paparan hasil kerja mereka dalam padlet ini. Saya dapat membandingkan hasil kerja pelajar dan memilih hasil kerja yang terbaik dan hasil kerja yang memerlukan maklumbalas dan penerangan yang lebih lanjut dari saya. Ini saya lakukan diawal waktu kelas minggu seterusnya sebelum perbincangan topik baru dimulakan. Saya dapat menengahkan hasil kerja pelajar dan mendapatkan refleksi dari pelajar tentang miskonsepsi mereka tentang topik yang dibincangkan.
  3. Kursus ini mempunyai pelajar seramai 137 orang pelajar major Pendidikan Khas. Biasanya pelajar major Pendidikan Khas dikenali sebagai pelajar yang lebih lambat penerimaan dan penggunaan teknologi berbanding pelajar major lain. Walaubagaimanapun, melalui kaedah ini saya dapati bahawa pelajar-pelajar ini boleh dianggap sebagai celik teknologi dan merupakan golongan Digital Natives dan mampu melakukan eksplorasi teknologi dengan bantuan yang minima dari saya sebagai seorang pensyarah.




0 comments: