Kursus PnP 2017b
Pada 24 Ogos 2017, saya telah ditugaskan untuk menjadi pemudahcara kursus Pengajaran dan Pembelajaran bagi pensyarah-pensyarah baru USM untuk kali kedua bagi tahun 2017. Saya diberi tanggungjawab untuk menyampaikan sesi di bawah tajuk Portfolio Pengajaran, e-Portfolio dan ePortfolio@USM via MAHARA. Sesi sehari ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pensyarah baru tentang keperluan membangunankan Portfolio Pengajaran masing-masing untuk tujuan pengesahan jawatan dan untuk lain-lain tujuan semasa dalam perkhidmatan di USM.
Sesi telah berjalan lancar, alhamdulillah. Saya mendapati bahawa pensyarah-pensyarah baru makin mudah diperkenalkan dan dilatih dengan penggunaan teknologi MAHARA yang digunakan untuk ePortfolio USM berbanding pensyarah-pensyarah baru sebelum ini.
Di bawah merupakan sesi yang dijalankan pada 24 ogos 2017 tersebut.
Semoga kursus ini telah akan memberi manafaat kepada semua pensyarah baru USM.
Photo kredit Flickr CDAE USM
~PMAAZ
0 comments: