ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2017

01:08 mel 0 Comments


Pada 3 November 2017 telah berlangsungnya Anugerah Akademik Negara ke 10 dan ke 11, bertempat di Hotel Marriot Putrajaya, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, saya telah dipilih untuk mendapat Anugerah Pengajaran bagi kategori Sastera dan Sains Sosial pada majlis Anugerah Akademik Negara  (AAN) 2017 tersebut. Majlis AAN kali ini adalah majlis yang menggabungkan dua kali majlis AAN iaitu yang ke 10 dan ke 11. Saya memperolehi anugerah ini tahun 2016 di mana pada tahun tersebut majlis penganugerahan tidak dijalankan.

Alhamdulillah.. Sesungguhnya saya bersyukur ke Allah S.W.T atas penganugerahan ini. Bagi saya ianya sesuatu yang amat sukar dicapai dan memperolehinya adalah satu pengiktirafan yang amat berharga bagi seorang pendidik seperti saya. Untuk melihat apa yang telah saya lakukan disepanjang saya menjadi seorang pendidik boleh lah melihat porfolio saya.


Namun begitu saya tidak akan sampai ke tahap ini tanpa sokongan dari insan-insan penting dalam hidup saya.. Yang paling penting arwah ayahanda dan arwah bonda. Kejayaan demi kejayaan yang saya perolehi tentunya lebih bermakna sekiranya arwah ayahanda dan bonda masih ada. Arwah ayah adalah seorang yang sangat mementingkan pelajaran anak-anak, walaupun beliau sendiri tidak berpelajaran tinggi, hanya bersekolah setakat darjah 6. Walaupun hanya bertugas sebagai seorg askar peringkat bawahan, arwah ayah amat tegas dengan pendidikan anak-anak, hinggakan waktu arwah ayah bertugas di Sabah dan Sarawak, arwah mak tidak ikut ke sana memandangkan risau mengganggu persekolahan anak-anak. Dan setiap kali saya mendapat hadiah di sekolah, ayah tidak pernah lupa untuk hadir, walaupun hanya senyap di barisan belakang tetapi itu menunjukkan betapa bangganya arwah ayah dan sokongan arwah ayah terhadap pendidikan anak. Arwah mak seorang yang agak pandai. Fasih berbahasa Inggeris, jadi beliau menjadi tempat rujukan kami tentang pelajaran, bukannya arwah ayah. Masalah pelajaran selalunya mak yang dapat selesaikan. Kalau nak diceritakan tentang keistimewaan arwah ayahanda dan bonda.. kena buat entri lain pula. :-)

My Family <3




Salah seorang yang banyak menyokong saya tentunya suami saya, Muhammad Faizal Abdul Rahman. Oleh sebab suami saya dalam bidang IT, banyak teaching tools berasaskan teknologi diperkenalkan olehnya. Masalah saya berkaitan teknologi biasanya saya rujuk kepadanya. Beliau suka mengeksplorasi perkara baru dan biasanya beliau akan berkongsi teknologi baru dan menyarankan kepada saya untuk mencuba dalam kelas saya. Pengetahuan teknologi beliau sangat membantu saya.  Bukan itu sahaja, sokongan beliau bukan sekadar itu sahaja, beliau banyak membantu saya dalam segala segi.. he is my best friend, my teacher, my punch bag :P and everything... So, thanks for everything encik suami.  Terima kasih juga tentunya untuk keluarga saya (cinta-cinta hati saya, kakak2 saya Aziah, Aezah, Haslina, abang saya Azman, adik2 saya Afzan, Azim, Aidil, Fatah) yang banyak menyokong kejayaan ini. Tanpa kalian semua, siapalah saya...

Bersama pengurusan tertinggi USM

Juga tak lupa kepada dua sifu saya yang sangat hebat iaitu  Prof Fong Soon Fook dan  Prof Abd. Karim Alias, terima kasih atas segala tunjuk ajar dan memberikan inspirasi kepada saya. Prof Fong adalah orang yang banyak membantu saya dari mula saya menjejakkan kaki ke Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, sentiasa menyokong dan memberikan peluang kepada saya dalam banyak perkara. Saya sangat terhutang budi kepada Prof Fong!! Prof Karim banyak menyokong dari segala segi, memberi inspirasi dan motivasi untuk mempertingkatkan proses pengajaran, mencuba sesuatu yang baru dan berkongsi tanpa sempadan. Terima kasih kepada kalian berdua.
Bersama VC USM, Prof Dato' Asma
Bersama 2 lagi pemenang dari USM, Tan Sri Zul (Tokoh Akademik Negara ke 11) dan Prof Srimala (Anugerah Pengkomersialan Produk)

Juga kepada Dekan, Mantan Dekan, dan semua kawan-kawan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, CDAE USM, Fasilitator USM, YST dan lain-lain lagi..  terima kasih atas sokongan kalian. Semoga anugerah ini akan diperolehi oleh kawan-kawan  lain yang menyanjung pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan mereka. Terutamanya terima kasih buat sahabat-sahabat manis seperjuangan saya Nor Shafrin, Fadzilah, Aziah, Rozniza, Ahmad Zamri, Jamalsafri, Rahimi, Aisyah, Lilis, Radziah, Aidi, Saiful, Zulfa.. dan ramai lagi yang tak tertulis di sini. Moga Allah merahmati kalian dalam usaha memartabatkan pendidikan di negara kita.

Akhir sekali, Setinggi-tinggi Penghargaan Kepada Universiti Sains Malaysia kerana telah mencalonkan saya untuk mewakili USM untuk anugerah ini. Saya sangat berbesar hati kerana pencalonan tersebut telah melayakkan saya menerima anugerah ini. Terima Kasih juga kepada pelajar-pelajar saya yang banyak membantu saya bagi menjalankan inovasi dalam kelas saya.. Anda semua hebat!!




Terima Kasih kepada semua yang telah menyokong secara langsung mahupun tidak langsung. Alhamduillah.. Syukur Kepada Allah.



~PMAAZ


Deskripsi Anugerah Pengajaran, Anugerah Akademik Negara.
Anugerah Pengajaran bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada tenaga pengajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang telah menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran. Kesarjanaan pengajaran merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi yang merangkumi penjanaan dan perkongsian ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran. Kecemerlangan pengajaran merujuk kepada amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah, teori dan prinsip pengajaran yang mantap untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar



Gambar-gambar dari majlis yang amat bermakna tersebut...

Kesemua Penerima AAN 2017

Team USM

Pemenang Anugerah dari USM dan Pengurusan Tertinggi USM
Bersama PM Dr. Wan Zuhainis & Dr. Rosemaliza
Bersama Dr. Fariza
Bersama Dr. Raja Shafinas

Bersama Kak Hastarija, Pengarah Kolej Komuniti Chenderoh




Terima Kasih

0 comments: