Maklumbalas pelajar PPG

23:23 mel 0 Comments

Program Pensiswazahan Guru merupakan satu program di mana guru-guru sekolah rendah yang berkelulusan Sijil/Diploma di seluruh Malaysia diberi peluang melanjutkan pelajaran secara penuh masa tetapi dalam keadaan mereka bekerja juga penuh masa di sekolah masing-masing. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM dipertanggungjawabkan untuk melatih seramai lebih 3 ribu guru melalui program ini.

Saya telah dilantik sebagai Penyelaras Program Pensiswazahan Guru pada awal tahun 2012. Sebelum itu saya merupakan Penyelaras ICT bagi program ini ketika kemasukan kohort 1 pada Mac 2011. Bermula dengan menjadi Penyelaras ICT saya bergelumang dengan guru-guru sekolah rendah yang 90% masih kurang celik ICT. Ramai dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai email dan tidak pernah menggunakan email sebelum itu.  Tugas saya untuk melatih guru-guru ini dan juga pensyarah yang mengajar program ini untuk menggunakan platform e-learning yang menjadi tapak pembelajaran utama program ini selain disokong dengan perjumpaan bersemuka sebanyak 5 kali satu semester sahaja. 

Cabaran mengendalikan program ini merupakan cabaran yang amat besar bagi saya. Guru-guru yang terlibat mempunyai pelbagai kekangan individu dan kekangan tugas yang berbeza antara satu sama lain. Sebagai penyelaras saya cuba sedaya upaya untuk membantu mereka dari segi akademik, sosial dan memberi sokongan moral kepada mereka memandangkan kepayahan mereka melalui dua tugas sepenuh masa (2 in 1). Alhamdulillah, pelajar Kohort 1 seramai hampir seribu orang telah bergraduat pada Jun 2015 dan saya telah mendapat banyak maklumbalas positif dari mereka. Saya bersyukur kerana saya telah dapat mengubah 'mindset' guru-guru ini dari pengetahun yang boleh dianggap 'zero'  teknologi kepada celik teknologi.




Berikut merupakan maklumbalas pelajar PPG secara individu:


0 comments: