Bengkel Flipped Classroom PP Sains Matematik, USM 3-4 Ogos 2016

19:27 mel 0 Comments

Pada 3-4 Ogos 2016 CDAE USM telah menganjurkan TOD (training on demand) yang diminta oleh Pusat Pengajian Sains Matematik USM. Seramai lebih kurang 30 orang pensyarah dari pusat pengajian tersebut menyertai bengkel ini. Saya bertindak sebagi pemudahcara dan fasilitator untuk bengkel 2 hari tersebut. Kebanyakan pensyarah PPSM sebelum ini tidak pernah diperkenalkan dengan kosnep Blended Learning dan Flipped Classroom walaupun ada dalam kalangan pensyarah mereka yang telah mencapai status kursus Blended dalam elearn@USM. Oleh yang demikian pendedahan ini sgt berguna kepada mereka.

Saya sangat berkobar-kobar semasa memjalankan bengkel ini atas sebab masing-masing sangat berminat dengan bengkel tersebut. Even Dekan PPSM juga menyertai bengkel tersebut. Semoga bengkel tersebut telah memberi manafaat kepada semua.

 

 








Sesi pembentangan pensyarah

Masing-masing khusyuk menyiapkan plan Flipped Classroom masing-masing
Seronok belajar perkara baru



Saya menerima cenderahati dari Dekan PPSM

Pembentangan kumpulan yang best!

Pemenang KAHOOT!!
Salah seorang pemenang yang berrjaya menghasilkan video yang menarik sewaktu aktiviti dijalankan.





 Alhamdulillah... semuanya telah berjalan dengan lancar...

0 comments: