Maklumbalas Pelajar Doktor Pendidikan

02:12 mel 0 Comments

Saya mengendalikan dua kursus Doktor Pendidikan (ijazah kedoktoran secara kerja kursus) iaitu PLG622
[Perkembangan Bahan-bahan Pengajaran] dan PLG722 [Pengurusan Perkembangan Pengajaran]. Di samping itu saya juga menjadi Penyelia untuk kursus PLG799 [Seminar Topikal] dan PLG800 [Disertasi Doktor Pendidikan].Saya juga ada membantu pensyarah-pensyarah lain dalam kursus-kursus lain seperti PLG721 dan PLG724 apabila diperlukan.

Pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar ijazah kedoktoran bagi saya memerlukan suatu kaedah yang inovatif supaya pelajar diperingkat ijazah kedoktoran ini berpeluang melakukan eksplorasi dalam membina pengetahuan baru sebagai seorang yang berada di tahap kedoktoran. Saya tidak menggunakan kaedah 'lecture' atau 'kuliah' tetapi saya memberi tugasan kepada pelajar untuk mengambil alih tugas mencari ilmu secara individu atau secara kolaboratif dalam kelas. Memandangkan pelajar ijazah kedoktoran kebanyakannya adalah pelajar secara separuh masa yang hadir ke kelas setelah selesai menjalankan tugas pada jam 5 petang, biasanya mereka kurang dapat menumpukan perhatian kepada pemgajaran dalam kaedah kuliah. Saya banyak menggunakan kaedah 'Flipped Classroom' yang lebih fleksibel dalam menjalankan kelas kepada 'adult learners' ini.

Saya membiasakan pelajar menggunakan kaedah kolaboratif atas talian bagi memastikan keterlibatan (engagement) dan penyertaaan (participation) pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tak kira dalam kelas mahupun di luar kelas. Pelajar digalakkan untuk menggunakan Google Drive yang mengandungi Google Docs, Google Presentation, Google Forms dan lain-lain lagi sebagai kaedah kolaboratif dalam kalangan mereka. Biasanya setiap pelajar diberi satu tugas di mana mereka bertanggungjawab sebagai 'Leader'. Ini bermaksud mereka dipertanggungjawabkan untuk memulakan (initiate) sesuatu tugas berasaskan tajuk-tajuk dalam silibus dan mencari maklumat secara kolaborasi bersama rakan-rakan menggunakan Google Drive. Perkongsian bahan dilakukan melalui Google Drive manakala penulisan dikongsi bersama melalui Google Docs dan penyediaan persembahan dilakukan melalui Google Presentation. Pelajar juga didedahkan dengan pelbagai kaedah-kaedah lain yang lebih interaktif menggunakan pelbagai aplikasi infografik, persembahan, pembangunan web dan lain-lain lagi.

Bagi saya peningkatan pengetahuan





0 comments: