ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2018
Alhamdulillah saya telah diminta buat kali kedua untuk menjadi Hakim Alam Ria PASTI 2018 yang diadakan pada 1 September 2018 di KUIZM Taman Melewar, Gombak. Saya mewakili Wilayah Persekutuan untuk menghakimi acara Pidato. Alam Ria Pasti adalah satu acara tahunan untuk pra-sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Semasa saya diminta menjadi hakim ketika Alam Ria Pasti dijalankan di Dewan Mellinium Kepala Batas Pulau Pinang pada tahun 2017, saya amat kagun dengan majlis yang dijalankan untuk menengahkan bakat-bakat anak-anak berusia 5-6 tahun ini. Saya kagum dengan usaha guru-guru pra-sekolah yang kebanyakannya tiada kelulusan khas dalam pendidikan awal kanak-kanak bagi mengendalikan anak-anak kecil ini untuk bertanding di peringkat kebangsaaan. Oleh sebab itu, ketika saya dijemput sekali lagi tahun ini, saya merasa amat teruja untuk melibatkan diri dalam pertandingan tersebut.
Walaupun PASTI adalah pusat asuhan pra sekolah yang dipelopori oleh sebuah parti politik pembangkang (PAS), saya tidak memandang aktiviti ini sebagai satu aktiviti politik. Saya bukanlah aktivis PAS, apalagi terlibat dalam aktiviti-aktiviti PAS yang lain, tetapi bagi saya usaha dalam menjalankan pertandingan yang melibatkan pidato, kalam jamaie, nasyid, azan, bercerita dan sajak adalah satu usaha yang patut dibanggakan. Mungkin Alam Ria Pasti dilihat sebagai satu event parti pembangkang PAS
tetapi bagi saya ia adalah satu wadah pendidikan yang sangat hebat. Saya melihat bagaimana anak2 seusia 5-6 tahun dilatih dengan mantap dan berkeupayaan melakukan sesuatu yang sangat bermakna. Ibu bapa yan menghantar anak2 ke PASTI
mungkin bukan kesemuanya ahli PAS tetapi keyakinan mereka terhadap pendidikan di
PASTI harus juga diiktiraf. Anak-anak sejauh Sabah dan Sarawak hadir untuk
bertanding di Alam Ria Pasti dan saya sesungguhnya kagum terutama ketika
saya menjadi Ketua hHakim pidato pada kali ini. Walau bagaimana pun
sebagai seorang yang neutral dalam parti politik ini, saya rasa kepimpinan
PASTI Malaysia juga harus berubah, lebih telus dan minimakam agenda
politik dalam PASTI, lebih tumpukan pada pendidikan awal kanak-kanak yang
holistik. Ini memungkinkan kejayaan yang lebih baik dan menonjolkan
PASTI sebagai pusat percambahan ilmu dan pembudayaan kemahiran secara
Islamik. Ini membolehkan PASTI lebih dikenali dan dihormati. Para pentadbir PASTI patut mengelakkan
dari syok sendiri dan keras kepala tanpa menerima pendapat dan ilmu yang
bermanafaat utk PASTI, kerana sikap itu tidak membawa PASTI ke mana-mana
malah akan ditandingi oleh lebih banyak Pusat pendidikan awal
kanak-kanak Islam lain.
Lihat saja anak-anak yang masuk bertanding dalam Alam Ria PASTI.. sesungguh mereka masuk sebagai insan yang putih bersih, dengan asuhan guru-guru, jelas terpancar usaha dan bakat yang harus dipupuk dan diteruskan untuk masa hadapan kanak-kanak tersebut, juga pendidikan di Malaysia. Semoga Allah permudahkan usaha murni insan-insan yang mendidik anak-anak kita tanpa jemu. InsyaAllah.
Sijil Penghargaan Alam Ria Pasti 2018 |
Pemenang Pidato Alam Ria Pasti 2018 adalah peserta dari PASTI Pahang. Kami para hakim iaitu saya, Cikgu Borhan (dari Sabah), Ustaz Ku (Trengganu) dan Ustaz Fauzi (kelantan) bersetuju bahawa anak kecil dari Pahang ini telah menunjukkan kepetahan dari pelbagai segi untuk acara pidato tersebut. Alhamdulillah.
Berikut merupakan keputusan akhir ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2018
🗓 1 September 2018
🏢 KUIZM, Taman Melewar, KL
Keputusan Penuh Setiap acara
1⃣ NASYID
🥇: Pahang
🥈: Terengganu
🥉: Johor
2⃣ KALAM JAMAIE
🥇: Pulau Pinang
🥈: Kelantan
🥉: Selangor
3⃣ BERCERITA
✒ Lelaki
🥇: Perak
🥈: Negeri Sembilan
🥉: Perlis
✒ Perempuan
🥇: Melaka
🥈: Johor
🥉: Wilayah Persekutuan
4⃣ SAJAK
✒ Lelaki
🥇: Perak
🥈: Terengganu
🥉: Wilayah Persekutuan
✒ Perempuan
🥇: Melaka
🥈: Pulau Pinang
🥉: Sabah
5⃣ HAFAZAN
✒ Lelaki
🥇: Terengganu
🥈: Perak
🥉: Perlis
✒ Perempuan
🥇: Selangor
🥈: Pahang
🥉: Pulau Pinang
6⃣ AZAN
🥇: Wilayah Persekutuan
🥈: Melaka
🥉: Kedah
7⃣ KHUTBAH JUMAAT
🥇: Pulau Pinang
🥈: Perak
🥉: Selangor
8⃣ PIDATO
🥇: Pahang
🥈: Melaka
🥉: Sarawak
🏆 JOHAN KESELURUHAN : MELAKA
0 comments: