18th ASEAN Senior Officials Meeting on Education (SOM-ED), Bangkok, Thailand

21:22 Dr Azidah 0 Comments

Pada 27 November hingga 30 November 2023, saya telah mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi untuk bersama-sama dengan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk ke 18th ASEAN Senior Officials Meeting on Education  (SOM-ED) di Hotel Amari, Bangkok. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari negara-negara ahli ASEAN dan juga negara kerjasama ASEAN seperti Republik Rakyat China, Republik Korea dan Jepun yang mengawal selia bidang pendidikan dan pendidikan tinggi. Delegasi Malaysia yang menghadiri Mesyuarat SOM-ED pada kali ini akan diketuai oleh YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin,  Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini dan satu laporan yang mengetengahkan keadaan teknologi dalam pendidikan di rantau Asia Tenggara dan mengemukakan beberapa cadangan utama bagaimana sistem pendidikan di rantau ini boleh memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan akses, kualiti, ekuiti, dan daya tahan sistem pendidikan telah dilancarkan pada mesyuarat ini. Pada keseluruhannya mesyuarat ini telah membuka mata saya terhadap perkembangan pendididikan di negara Asean yang pelbagai dan dapat melihat kepada arah dan matlamat pendidikan tinggi terutamanya di Malaysia.

 ~PMAAZ

 















 

0 comments: