Lawatan KSU KPT ke FAKULTI ARTIFICIAL INTELIGENCE (FAI) UTM

07:01 Dr Azidah 0 Comments

 Pada 24 Jun 2025, Datul Anesse Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengadakan lawatan kerja ke Fakulti Artificial Intelligent (FAI) Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. FAI merupakan sebuah fakulti yang saya anggap sebagai my 'baby' kerana ianya ditubuhkan sejurus sahaja saya melaporkan diri ke Jabatan Pendidikan Tinggi. Apabila Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta, saya telah diamanahkan untuk mengurus dan memantau urusan penubuhan dan peluncuran FAI dari kosong hinggalah tertubuhnya FAI dan penawaran program Bachelor AI yang pertama di Malaysia.

 Proses penubuhan FAI adalah satu proses yang unik dan ianya dapat ditubuhkan dalam masa 3-4 bulan sahaja. Ini merupakan kerjasama dari pelbagai pihak dalam merealisasikan amanat Perdana Menteri Malaysia. Peluncuran Fakulti ini tleah diadakan pada 11 Mei 2024 di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.





Lawatan ke makmal yang dalam proses dilengkapkan keseluruhan peralatan

He & She di ground floor Menara Razak

Team KPT dan UTM


Beramah mesra bersama pelajar Bachelor AI. 






Bersama pelajar FAI

Besat sangat di UTMKL ni sebab ianya di tengah bandar dan di roof top boleh nampak Kuala Lumpur dengan jelas dan sangat cantik.



Alhamdulillah sesi lawatan berjalan lancar. Terima Kasih kepada team FAI dan UTM kerana kesudian menerima lawatan kami ke sana. Semoga usaha kita semua diberkati.
 
PM Dr Azidah 24.5.2025 

0 comments: