Minggu Terbuka Akademik APIUM 2024 (MiTA2024)

21:11 Dr Azidah 0 Comments

 23 APRIL 2024 - Alhamdulillah... saya telah dijemput untuk merasmikan n Minggu Terbuka Akademik APIUM 2024 (MiTA24)Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada pagi ini. Saya merasa amat teruja ketika dijemput untuk merasmikan majlis ini memandangkan saya merasakan satu perkara amat getir dalam pendidikan era global ini untuk fakulti atau akademi berasaskan pengajian islam mengambil inisiatif untuk mengorak langkah ke hadapan dalam menjadi penyokong kemajuan teknologi yang pantas bergerak ini dengan menjadi badan yang menjadi rujukan dan rujukan fokal dalam penggunaan teknologi yang beretika dan berhemah menurut ajaran Islam.

Saya  rasa amaat gembira, apabila saya melawat reruai pameran dan bertanyakan soalan kepada pelajar, hujah mereka diselang seli dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Diharap mereka akan dapat menyumbang kepada negara dan menjadikan Malaysia sebagai satu negara yang mungkin maju dalam teknologi terkini tetapi mempunyai panduan yang kukuh berasaskan agama Islam yang berlandaskan Al-Quran dan hadis Rasulullah.

Sewaktu majlis, saya telah diberi peluang untuk melawat reruai yang disediakan. Saya merasa amat kagun apabila penerangan diberikan oleh pelajar-pelajar yang mana setiap tutur kata pasti diselitkan dengan nas-nas yang berkaitan dengan hujah yang dinyatakan.

Didoakan semoga pelajar dari APIUM akan menjadi pemimpin masa hadapan di negara kita, InsyaAllah.



 

 


 

 

BERSAMA DEKAN DAN TIMBALAN-TIMBALAN DEKAN APIUM







~PMAAZ

 


0 comments: