Konvokesyen USM Ke 54
Pada
24-27 November 2016 adalah hari konvokesyen USM yang ke 54 di Dewan
Tunku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia. Sebelum2 ini saya memng
selalu hadir konvokesyen dan beberapa orang pelajar saya telah pun
bergraduat. Tetapi kali ini agak special sebab 5 orang graduan ijazah
kedoktoran (Doktor Falsafah dan Doktor Pendidikan) adalah di bawah
penyeliaan saya (3 Penyelia Utama dan 2 Penyelia Bersama. Selain itu
terdapat 4 orang pelajar Sarjana Pendidikan yang bergraduat yang juga di
bawah penyeliaan saya dalam konvokesyen kali ini.
Tahniah kerana mendapat title 'Dr" dari USM, kepada:
- Nur Kaliza Khalid (Pensyarah KUIS)
- Gerard Boey Kong Hoong (Taylors College)
- Nurhanim Saadah Abdullah (Pensyarah UTHM)
- Jayaron Jose (Pensyarah di University of Oman)
- Siti Zuraidah Md Osman (Pensyarah Politeknik Sultanah Bahiyah)
Juga Tahniah kepada graduan2 Sarjana Pendidikan, USM di bawah penyeliaan saya:
- Fadliyana Fathil (juga mendapat A dalam thesis beliau - bangga saya!)
- Ruzaina Abd Jabbbar
- Wan Zarimi Wan Ismail
- Ayub Mat
Pada
hari pertama konvokesyen, (24 November) Sidang Pertama saya pergi
menghadiri atas jemputan Jayaron Jose yang beria2 meminta saya hadir. Jayaron adalah graduan PhD yang saya menjadi penyelia bersama. Beliau berasal dari Karalla India dan bekerja sebagai pensyarah TESL di University of Oman. Pada hari tersebut selepas graduasi saya berjumpa dengan beliau dan beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.. katanya setelah beliau berjumpa dengan saya dan menjadikan saya co-supervisor barulah dia tau fokus PhD beliau.. Berjumpa dgn saya adalah 'turning point' dalam journey PhD beliau. Sebelum itu dia tak tahu dia buat apa... Oleh itu katanya, dia akan ingat saya sampai bila2..
|
Saya hadir konvo ni sesi pagi ditemani oleh pembantu saya Molli.. :) |
|
Jayaron menerima ijazah kedoktoran beliau |
|
Siti Zuraidah menerima ijazah kedoktoran beliau |
Bersama-sama dengan pelajar-pelajar Ijazah Kedoktoran (Doktor Pendidikan) di bawah seliaan saya.
|
Gerard Boey, Nurhanim Saadah, aku dan Nur Kaliza |
|
Yang ni tambah Thenmolli, pembantu dan bakal pelakar PhD saya |
|
Yang hujung sekali tu bonda Nurhanim Saadah |
|
Sefie
dengan NurKaliza, perserverance beliau dalam proses mendapatkan
segulung ijzah kedoktoran adalah sangat tinggi.. Alhamdulillah akhirnya
berjaya |
|
Selfie
dengan Gerard, a very good professional man.. teringat saya panggit dia
dan Nurkaliza.. kedua2nya mengadap saya untuk pembetulan akhir..
kedua2nya ada problem dalam menulis Bab 5.. aakhirnya kedua2 bergraduat
bersama-sama.. walaupun kaliza bermula lebih awal dari Gerard. |
|
Saya
dan Nurhanim Saadah. Beliau adalah seorang pelajar yang sgt
berdisiplin. Banyak cabaran di akhir pengajian memandangkan biasiswa
beliau tamat dan bermacam dugaan yang perlu ditempuh. Dihujung2 tu
masing2 berdebar juga bagi pihak beliau, tapi alhamdulillah akhirnya
berjaya. Lepas ni beliau perlu berkorban utk suami beliau pula... jgn
lupa tu Hanim.. Ismail masih lagi perlu selesaikan perjuangan. |
|
Ucapan
terima Kasih dari Hanim. Alhamdulillah semoga lebih ramai lagi yang
berjaya. Semua ini bukan untuk apa2.. hanya untuk bekalan saya di
akhirat nanti.. Moga segala ilmu dimanafaatkan.. InsyaAllah. |
Hari
kedua saya bertugas untuk perarakan akademik. Kebetulan bertugas
bersama Dr Izzal Asnira dari Pusat Pengajian Komunikasi..
|
Suka sangat gambar ni... rasa macam perempuan melayu terakhir pulak :P |
|
Bersama2 lecturer lain dari pusat pengajian yang sama dengan saya |
Setelah habis bertugas (25 November) Sidang Ketiga,
bertalu2 telefon berbunyi.. pelajar2 sibuk mencari untuk ambil gambar..
huhu.. Alhamdulillah.. semuanya ingat kat saya yang kerdil ini.. :D
|
Saya, Fadliyana & Izyani Raiha |
|
Saya
dan Ruzaina. Ruzaina dulu memang selalu kena marah dgn saya. Sampai dia
pernah cakap dia tak sukakan saya sebab asyik serba tak kena jer..
huhu.. selamba je dia sound saya.. tapi kan saya marah sebab nak bagi
awak buat betul2 Ruzaina.. haa.. tengok siapa yang happy.. |
|
Wan Zarimi, Naiematon, Ayub, saya, Suhaimi dan Ruzaina |
|
Akhirnya korang berjaya... ada rasa nak marah saya lagi tak sebab asyik kena bebel?? :P |
|
Saya
dan Fadliyana. Alhamdulillah dia salah seorang dari 2 pelajar yang
dapat A untuk tesis. Dia memang rajin dan berdisiplin. Kejab2 muncul
minta bantuan. Selalu minta clarification. Ada potensi untuk sambung PhD
ALHAMDULILLAH... more to go...
~PMAAZ
|
0 comments: