Technology Enhanced Teaching & Learning

04:33 Dr Azidah 0 Comments

Pada 3-4 Julai 2020 dan 6-7 Julai 2020 saya telah dijemput untuk mengendalikan sesi latihan di Institut Kemahiran Tinggi Perda (Perda-Tech) di Nibong Tebal Pulau Pinang. Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Perda-Tech yang agak jauh perletakkannya itu. Jalan menghala ke Perda-Tech melalui perkampungan dan ladang kelapa sawit dan ianya terletak di hujung jalan. Alhamdulillah waze telah memudahkan perjalanan saya ke sana walau pun memandu seorang diri.

Bengkel yang dijalankan ke atas dua kumpulan pensyarah Perda-Tech tersebut saya namakan Tecnology Enhanced Teaching and Learning di mana saya cuba mengenengahkan teknologi-teknologi mudah untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sisipan teori pembelajaran juga diambilkira supaya bukan hanya teknologi yang diutamakan tetapi bagaimana teori menyokong aplikasi teknologi dalam kelas. Biasanya apabila saya mengendalikan apa juga bengkel, saya akan menyediakan modul dalam talian yang boleh digunakan oleh peserta semasa dan selepas bengkel.

Alhamdulillah bengkel telah dapat dijalankan dengan jayanya walau pun saya sedikit keletihan mrmandangkan telah sekian lama tidak menjalankan latihan secara bersemuka sejak PKP yang lalu. Namun begitu saya bersyukur diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk berjaya menjalankan amanah dari pihak Perda-Tech. 

Moga bengkel yang dijalankan telah memberikan manafaat kepada semua pensyarah Perda-Tech. 

Untuk sebarang pertanyaan dan jemputan bengkel, sila hubungi azidah@usm.my

~PMAAZ














0 comments: