Persidangan Pemindahan Ilmu (KTP)

22:22 mel 0 Comments

Saya membentangkan hasil geran 'Knowledge Transfer Program' yang saya terima sebanyak 140k di KTP Conference 02, Marriot Hotel, Putrajaya. Saya dipilih untuk Paraller Session 1 dan pembentang no. 1.. alhamdulillah. Pembentangan berjalan lancar dan saya mendapat komen yang sangat baik dari kalangan peserta persidangan tersebut.
Banner yang saya persembahkan untuk persidangan tersebut. Bawak naik flight sorang2.. :-)

Sessi mendengar pembentangan Keynote Speaker

Selalu suka dengar Prof Asma, Ketua KPPM Malaysia bercakap tentang higher education. Sangat menarik!

Sukalah beg yang diberikan untuk persidangan ini... boleh guna utk letak komputer juga.. cukup kuat :P

Saya dihadapan banner yang memperkenalkan projek pemindahan ilmu kami. Dalam projek ini saya dan ahli kumpulan saya memindahkan ilmu penggunaan Teknologi Komunikasi Maklumat kepada guru-guru dan murid di SK Jeneri, Jeniang, Kedah. Kami berjaya menghasilkan dua buah buku untuk kegunaan makmal komputer sekolah.

Boleh juga ke laman web KTP ini untuk maklumat lanjut

~PMAAZ

0 comments: