International Conference on Knowledge Transfer (ICKT) 2015

05:12 mel 0 Comments

Persidangan ini diadakan pada 1-3 Disember 2015 di Hotel Marriot, Putrajaya. Saya sebagai salah seorang pemegang geran KTP (Knowledge Transfer Program), Kementerian Pendidikan diminta untuk membentangkan kertas kerja berkaitan projek yang kami jalankan di SK Jeneri, Jeniang Kedah. Untuk projek ini, saya merupakan Ketua Projek dengan geran yang kami perolehi sebanyak RM137,000.00 telah kami gunakan sebaik mungkin untuk menyampaikan ilmu Teknologi Komunikasi Maklumat kepada komuniti sekolah yang melibatkan guru, pelajar serta komuniti berdekatan.  Perincian tentang latihan yang kami jalankan boleh diakses di bawah:




Banner projek kami yang dipaparkan di persidangan ICKT 2015
Saya suka dengan beg persidangan yang disediakan. Lain dari yang lain :P

Saya  selalu teruja dengan talk yang diberikan Prof Dato Dr. Asma tentang Pendidikan Tinggi. Persoalan yang dikemukakan bagi saya sangat relevan kerana kebanyakan pendidikan (terutama di peringkat pengajian tinggi) banyak menumpukan kepada 'Impact Factor' tetapi penerbitan di jurnal-jurnal berwasit ini adakah memberikan 'impact' kepada golongan bawahan? Apakah ilmu yang sepatutnya memberikan kesan yang tinggi itu sebenarnya digunakan untuk menambahbaik masyarakat, terutama masyarakat Malaysia. Saya merasakan bahawa kita perlu merenung sejenak... di manakan inovasi sebagai ahli akademik disumbangkan kepada masyarakat. Adakah menerbitkan jurnal artikel yang tinggi 'impact factor' tersebut adalah hanya untuk memenuhi 'KPI' kenaikan pangkat individu dan menaikkan nama fakulti tetapi hasilnya kepada masyarakat kurang tinggi 'impact' nya?




Semoga komuniti SK Jeneri mendapat manafaat dari perkongsian ilmu yang kami lakukan di sana, InsyaAllah..

0 comments: