Pada 24 Jun 2025, Datul Anesse Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengadakan lawatan kerja ke Fakulti Artificial Intelligent (FAI) Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. FAI merupakan sebuah fakulti yang saya anggap sebagai my 'baby' kerana ianya ditubuhkan sejurus sahaja saya melaporkan diri ke Jabatan Pendidikan Tinggi. Apabila Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta, saya telah diamanahkan untuk mengurus dan memantau urusan penubuhan dan peluncuran FAI dari kosong hinggalah tertubuhnya FAI dan penawaran program Bachelor AI yang pertama di Malaysia.
Proses penubuhan FAI adalah satu proses yang unik dan ianya dapat ditubuhkan dalam masa 3-4 bulan sahaja. Ini merupakan kerjasama dari pelbagai pihak dalam merealisasikan amanat Perdana Menteri Malaysia. Peluncuran Fakulti ini tleah diadakan pada 11 Mei 2024 di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.
 |
Lawatan ke makmal yang dalam proses dilengkapkan keseluruhan peralatan |
 |
He & She di ground floor Menara Razak |
 |
Team KPT dan UTM |
 |
Beramah mesra bersama pelajar Bachelor AI. |
 |
Bersama pelajar FAI |
 |
Besat sangat di UTMKL ni sebab ianya di tengah bandar dan di roof top boleh nampak Kuala Lumpur dengan jelas dan sangat cantik. |
Alhamdulillah sesi lawatan berjalan lancar. Terima Kasih kepada team FAI dan UTM kerana kesudian menerima lawatan kami ke sana. Semoga usaha kita semua diberkati.
PM Dr Azidah 24.5.2025
23 APRIL 2024 - Alhamdulillah... saya telah dijemput untuk merasmikan n Minggu Terbuka Akademik APIUM 2024 (MiTA24)Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada pagi ini. Saya merasa amat teruja ketika dijemput untuk merasmikan majlis ini memandangkan saya merasakan satu perkara amat getir dalam pendidikan era global ini untuk fakulti atau akademi berasaskan pengajian islam mengambil inisiatif untuk mengorak langkah ke hadapan dalam menjadi penyokong kemajuan teknologi yang pantas bergerak ini dengan menjadi badan yang menjadi rujukan dan rujukan fokal dalam penggunaan teknologi yang beretika dan berhemah menurut ajaran Islam.
Saya rasa amaat gembira, apabila saya melawat reruai pameran dan bertanyakan soalan kepada pelajar, hujah mereka diselang seli dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Diharap mereka akan dapat menyumbang kepada negara dan menjadikan Malaysia sebagai satu negara yang mungkin maju dalam teknologi terkini tetapi mempunyai panduan yang kukuh berasaskan agama Islam yang berlandaskan Al-Quran dan hadis Rasulullah.
Sewaktu majlis, saya telah diberi peluang untuk melawat reruai yang disediakan. Saya merasa amat kagun apabila penerangan diberikan oleh pelajar-pelajar yang mana setiap tutur kata pasti diselitkan dengan nas-nas yang berkaitan dengan hujah yang dinyatakan.
Didoakan semoga pelajar dari APIUM akan menjadi pemimpin masa hadapan di negara kita, InsyaAllah.
 |
BERSAMA DEKAN DAN TIMBALAN-TIMBALAN DEKAN APIUM
|
~PMAAZ
KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN MBOT KEPADA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI
Feb 08, 2024
8 FEBRUARI 2024 - Sebagai sebuah badan
profesional yang turut menjalankan fungsi menilai jaminan kualiti
program, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) sentiasa komited dalam
menjalinkan hubungan akrab bersama pemegang taruh berkaitan. Justeru,
YBhg. Prof. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, FASc., Presiden
MBOT pada hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua
Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Prof. Dr. Azlinda binti Azman di
Jabatan Pendidikan Tinggi di Putrajaya.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincangkan dan
mengeratkan hubungan antara MBOT dan JPT terutama dalam konteks jaminan
kualiti program akademik teknologi dan teknologi di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT).
Turut hadir ialah YBhg. Dato' Dr. Mohd Sharil bin Abdullah, Pengarah
Bahagian Hubungan Industri, YBrs. Prof. Madya Dr. Azidah binti Abu
Ziden, Pengarah Bahagian Kecemerlangan Akademik, YBrs. Ts. Inv. Dr.
Mohammad bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian
Kecemerlangan Penyelidikan IPT JPT. Manakala MBOT turut diwakili oleh
YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Zaliman Bin Sauli, Anggota Lembaga dan
pengurusan tertinggi MBOT.
NOTA PMAAZ:
Untuk pengetahuan semua, MBOT merupakan salah satu badan profesional yang bekerjasama dengan kami (Bahagian Kecemerlangan Akademik, JPT) dalam jawatankuasa dan pemantauan program-program baharu dan semakan kurikulum berasaskan teknologi bagi memastikan setiap program mengikuti dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
~PMAAZ
Pada 27 November hingga 30 November 2023, saya telah mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi untuk bersama-sama dengan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk ke 18th ASEAN Senior Officials Meeting on Education (SOM-ED) di Hotel Amari, Bangkok. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari negara-negara ahli ASEAN dan juga negara kerjasama ASEAN seperti Republik Rakyat China, Republik Korea dan Jepun yang mengawal selia bidang pendidikan dan pendidikan tinggi. Delegasi Malaysia yang menghadiri Mesyuarat SOM-ED pada kali ini akan diketuai oleh YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini dan satu laporan yang mengetengahkan keadaan teknologi dalam pendidikan di rantau Asia Tenggara dan mengemukakan beberapa cadangan utama bagaimana sistem pendidikan di rantau ini boleh memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan akses, kualiti, ekuiti, dan daya tahan sistem pendidikan telah dilancarkan pada mesyuarat ini. Pada keseluruhannya mesyuarat ini telah membuka mata saya terhadap perkembangan pendididikan di negara Asean yang pelbagai dan dapat melihat kepada arah dan matlamat pendidikan tinggi terutamanya di Malaysia.
~PMAAZ
Alhamdulillah..
Dengan izinNya, pada 22 September 2023, saya telah dilantik menjadi Pengarah, Bahagian Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Jika ditanya adakah saya gembira dengan lantikan ini, jawapan saya adalah saya bersyukur atas kepercayaan yang diberikan, cuma amanah ini adalah amanah yang sangat berat, memerlukan komitment dan keyakinan yang sangat tinggi. Sejujurnya ada keraguan dihati saya sama ada mampu atau tidak saya menjalankan tugas ini dengan baik, namun begitu saya percaya, Allah berikan saya tanggungjawab ini dengan hikmah. Maka saya perlu redha dan cuba sebaik mungkin. Doakan saya agar kuat dalam menerima amanah ini dan Allah memberikan saya jalan dan panduan yang betul dalam setiap langkah saya di sini.
Doakan semoga saya berada di jalan yang lurus dan diberkati olehNYA.
~PMAAZ
#SyukurSelalu