Anugerah Pengajaran & Penyeliaan 2016

23:38 mel 1 Comments

Alhamdulillah pada 1 Nov 2016 adalah Majlis Sambutan Hari Guru peringkat pusat pengajian tahun ini. Kami memang tak sambut Hari Guru sama dengan sekolah sebab selalunya universiti berada dalam semester break bulan Mei, jadi tiada student masa ni, jadi tak boleh nak buat sambutan Hari Guru. Jadi memang setiap tahun sambutan hari Guru Peringkat Pusat Pengajian adalah pada bulan November.

Alhamdulillah pada tahun ini saya telah terpilih untuk menerima Anugerah Pengajaran dan Penyeliaan bagi tahun 2016



Selain saya ada dua orang lagi pensyarah yang mendapat anugerah pada hari tersebut iaitu Dr Norawi yang menerima Anugerah Jaringan Industri dan Masyarakat dan Dr Ahmad Zamri mendapat Anugerah Penerbitan. Selain dari itu adalah beberapa org staf sokongan yang mendapat sijil penghargaan masing2 yg disampaikan oleh TNC Akademik iaitu Prof Ahmad Shukri.


Bunga ini saya abadikan di pejabat saya
Rakan-rakan seperjuangan pada hari tersebut

Sebenarnya pada pagi hari tersebut saya mengikuti Bengkel Gamifying in T&L oleh Mr. Zaid Ali Al-Sagof. Bengkel tersebut berjalan 2 hari. Mula-mula saya macam agak keberatan untuk meninggalkan sesi petang bengkel tersebut memandangkan benkel tersebut sangat menarik, tetapi memandangkan saya rasa perlu pergi untuk menyokong aktiviti Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, maka saya pun meninggaklan bengkel pada sessi petang untuk menghadiri majlis Hari Guru ini. Siapa sangka saya mendapat anugerah tersebut.

Alhamdulillah dengan pengiktirafan ini.. Syukur Ya Allah...


~PMAAZ







1 comment: