BENGKEL MOOCS (tidak dirancang)

07:26 mel 0 Comments


Hari ini 23 Ogos 2017 terjadinya satu  bengkel MOOCs yang saya terpaksa kendalikan tanpa dirancang. Al-kisah sebenarnya saya diminta membantu untuk satu bengkel MOOCs di Pusat Pengajian Sains Sosial hari ini tetapi ianya dibatalkan. Oleh yang demikian saya telah merancang satu lagi bengkel bersama2 rakan sekerja untuk menyiapkan MOOCs USM yang diminta kami siapkan oleh pihak pengurusan. Kami berbengkel untuk memastikan kerja kami siap!

Walaubagaimanapun, baru sahaja saya memulakan kerja menambahbaik MOOCs saya di openlearning.com bertajuk "21st Century Teaching Strategies" tiba-tiba saya menerima panggilan telefon kecemasan dari seorang lagi trainer yang menyatakan bahwa terdapat "mis-communication" tentang bengkel yang dibatalkan dan terdapat beberapa orang pensyarah yang menunggu kehadiran trainer untuk bengkel tersebut. Yang lebih mengharukan yang hadir termasuklah seorang pensyarah dari USM Kubang Kerian dan dari USM Kampus Kejuruteraan. 

Oleh sebab trainer lain semuanya tidak ada di USM untuk menjalankan latihan tersebut, maka saya diminta untuk melakukannya. Walaupun pada mulanya hati rasa agak berat juga sebab tiada persediaan langsung, namun meikirkan ada peserta dari jauh yang menanti, lantas saya minta mereka hadir ke bengkel yang sedang berlangsung untuk saya gabungkan bersama-sama dengan rakan-rakan saya yang lain dalam pembikinan MOOCs.

Peserta-peserta yang hadir

Pensyarah dari Kampus kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan PP Sains Sosial... juga sayalah tu..

Alhamdulillah, walaupun tanpa dirancang, Allah telah mempermudahkan bengkel tadi dan saya dapat menyampaikan ilmu yang diperlukan oleh pensyarah-pensyarah yang hadir. Syukur...


~PMAAZ (trainer bidan terjun hari ini)

0 comments:

Bengkel PP Arkeologi Global 2017

04:48 mel 0 Comments

Hari ini (10 Ogos 2017) saya telah diminta untuk menjalankan latihan untuk pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Arkeologi Global (PPAG) USM bertajuk "Introduction to Online learning: Elearning, Blended Learning & MOOCs). Training ini merupakan Training On Demand (TOD) di mana Pusat Pengajian memohon utk diadakan latihan ini secara khusus mengikut keperluan mereka.  

Sebenarnya saya diminta untuk memberikan pendedakan dalam bengkel sehari ini kepada semua pensyarah tentang online learning atau elearning. Tetapi saya mengatur semula jadual dengan memulakan dengan Pembelajaran Abad ke 21 memandangkan saya rasa  pensyarah patut diperkenalkan dengan PA21 sebelum mereka dapat memahami keperluan mengapa pembelajaran atas talian perlu diimplimentasikan dalam PdP mereka. Tanpa pendedakan PA21 agak sukar untuk mereka memahami mengapa pembelajaran atas talian perlu dilaksanakan.

Jadi latihan saya merangkumi pendedakan kepada: 
  1. Pembelajaran Abad ke 21
  2. Pembelajaran Atas Talian  - E-pembelajaran, Pembelajaran Teradun (blended learning), MOOC
  3. Bagaimana memulakan langkah dalam pembelajaran Atas Talian



Alhamdulillah, bengkel ini telah mendapat maklum balas yang sangat positif dari para pensyarah PPAG di mana saya diminta untuk mengendalikan beberapa lagi latihan TOD kepada mereka.







Bahan untuk latihan ini boleh diakses melalui link- link di bawah:


~ PMAAZ

0 comments:

Bengkel MOOC PPIP 2017

17:03 mel 0 Comments

Bengkel ini diadakan pada 27 Julai 2017 bagi membantu pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Imu Pendidikan dalam menyediakan kursus MOOC masing-masing dalam platform openlearning.com terutama dalam penyediaan video dan penggunaan apps dan tools yang dapat menyokong pembangunan kursus MOOC masing-masing.

Alhamdulillah, bengkel berjalan lancar di samping sedikit 'pot-luck' yang kami sediakan bersama-sama. Saya rasa amat teruja menjadi fasilitator kepada pensyarah-pensyarah ini yang bersemangat menyediakan bahan masing-masing. Hasilnya amat mengagumkan terutama penghasilan video dan animasi yang mereka sendiri tidak sangka dapat melakukannya!!

Dr. Zamri dengan aksi gembira sewaktu bengkel

Dr Aziah dan Dr Shafrin yang sangat bersemangat!

Khusyuk Dr Jamal dalam proses pembikinan video dan Dr Zamri sedang cuba menyelesaikan masalah 😬😬


Dr Fadzilah amat berminat untuk menghasilkan bahan pengajaran. Idea yang diberikan sangat bernas!!

Dr Aisyah dan Dr Lilis datang menziarah bengkel kami sambil makan-makan ☺️☺️

Insyaallah, bengkel ini akan diteruskan lagi untuk menyokong pensyarah-pensyarah PPIP menyiapkan MOOC masing-masing.

~PMAAZ




0 comments:

Doktor Pendidikan 2017

16:42 mel 0 Comments

Tahun 2017 ini menyaksikan lagi 2 orang pelajar Doktor Pendidikan di bawah penyeliaan saya akan bergraduat iaitu Nizamuddin Razali dan Vickneswarinee Ganisha. Alhamdulillah kedua-dua mereka berjaya dalam viva masing-masing dengan pembetulan minor. Insyaallah akan bergraduat di sesi konvokesyen tahun ini.

Disertasi Nizamuddin telah pun diselesaikan (final).

Vicky selepas selesai viva. Beliau sangat gembira setelah viva memandangkan banyak dugaan sepanjang pengajian beliau. Biasanya pelajar-pelajar ini akan menjadikan supervisor tempat mencurahkan masalah peribadi selain dari masalah kajian 😬😬


Pesanan Whatapp dari Vicky setelah selesai viva. ☺️☺️

Saya teringat kata-kata supervisor saya semasa saya mula-mula sambung PhD. Katanya supervisor kita ibarat kita perlu berkahwin seorang lagi.. kita perlu boleh berkomunikasi dgn baik, saling memahami dan boleh bekerjasama sepanjang masa. Dan bagi saya ianya tepat. Anda perlu boleh 'get along' dengan supervisor anda untuk perjalanan PhD atau EdD yang lebih lancar.

~ PMAAZ

0 comments:

NARA TAMU (INVITED SPEAKER) UNIVERSITAS MALANG

07:51 mel 0 Comments

Pada 30 Mei 2017, saya dan beberapa  orang pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM telah dijemput sebagai NARA TAMU (Invited Speaker) oleh Fakultas Psikologi, Universitas Muhammadiyah Malang. Saya telah diberi masa selama 4 jam untuk memebentangkan dan memberi sedikit latihan pengenalan tentang Teaching Strategies in 21st Century Learning yang banyak menggunakan ICT tools dan apps. untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran. Sesi saya telah berjalan dgn lancar dan alhamdulillah dapat membuka mata dan minda pensyarah-pensyarah di sana tentang alatan baru yang boleh membantu pembelajaran teradun (Blended learning). Walaupun latihan tersebut dijalankan semasa awal bulan puasa, ianya tidak menghalang eksplorasi pensyarah di sana menggunakan teknologi. Dapat saya simpulkan bahawa peredaran pembelajaran abad ke 21 di sana agak ketinggalan berbanding negara kita, walaubagaimanapun mereka sangat bersungguh-sungguh dalam mendalami perkara baru tentang pembelajaran teradun yang boleh diaplikasikan dalam PdP mereka.

Bersama-sama Dekan dan pensyarah Fakultas Psikologi, Universitas Malang
di Universitas Malang






Sesi saya berjalan lancar walaupun terdapat gangguan internet pada mulanya tetapi dapat diatasi, alhamdulillah

Rumah Tamu Universitas Malang

Bersama Ibu Diah, salah seorang pensyarah (dosen) yg sgt berminat untuk mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran beliau









~PMAAZ

0 comments: