Aplikasi Pembelajaran Abad ke 21 (2016) : Aplikasi Penghasilan Video

12:52 mel 0 Comments

Aplikasi Penghasilan Video 

Penggunaan aplikasi dan peralatan untuk penghasilan video dalam persekitaran pembelajaran secara atas talian adalah sangat penting dan berguna bagi penghasilan isi kandungan yang memenuhi  keperluan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan video merupakan asas dalam "Flipped Classroom" mahupun dalam Pembelajaran Teradun (Blended Learning). Di sini saya ingin kongsikan pelbagai aplikasi dan peralatan yang boleh digunakan untuk penghasilan isi kandungan berasaskan video.
  • ViewPure
  • ViewPure adalah satu aplikasi yang membolehkan video yang ingin digunakan bebas dari iklan dan komen yang mungkin tidak bersesuaian jika dipaparkan kepada pelajar.  Antaramuka video juga adalah lebih 'bersih' dan kemas terutamanya jika anda menggunakan Youtube. Anda hanya perlu meletakkan link video yang ingin digunakan dan klik 'purify' untuk membersihkannya.

  •  
  • TubeChop
  • Tubechop merupakan satu aplikasi mudah untuk memotong video sedia ada dengan tiga kaedah sahaja iaitu:
  • Cari video yang ingin anda potong.
  • Pilih dan potong bahagian yang anda inginkan
  • Kongsi video tersebut!



  •  
  •  
  • KeepVid
  • KeepVid merupakan aplikasi web percuma yang membolehkan anda untuk memuat turun video dari laman web seperti YouTube, Facebook, Twitch.Tv, Vimeo, Dailymotion dan banyak lagi. Anda hanya perlukan URL halaman yang mempunyai video yang anda ingin muat turun. Masukkan URL tersebut ke dalam kotak teks di atas dan klik 'Download'. KeepVid kemudian akan menmuat turun pautan dalam semua format yang mungkin yang disediakan di laman web tersebut

    Jika anda mahu untuk menukar format video, contohnya 4K 1080p, YouTube to MP3, sila muat turun video converter ini.
  •  
  •  
  •  
  •  
  • Screencast-O-Matic
  • Screencast-o-matic membolehkan anda merekod skrin komputer anda dengan mudah. Melalui proses merekod ini, anda boleh merekod setiap berpergerakan yang berlaku pada skrin dan boleh membantu dalam penghasilan video isi kandungan mengikut keperluan anda.
  •  
     
  • Anda boleh merujuk kepada video di bawah untuk kaedah penggunaan screencast-o-matic



  •  
  •  
  • Snagit for Chrome
  • Snagit for Chrome merupakan satu aplikasi merakam skrin komputer yang boleh dipasang sebagai extension kepada web browser Chrome dalam komputer anda. Dengan adanya extension tersebut, anda hanya perlu membuka browser Chrome anda dan mula merakam skrin anda menggunakan extension tersebut. Snagit guna mempunyai versi untuk komputer Mac dan Windows.

  •  
  • VideoNot.es
  • Satu kelebihan VideoNot.es ini adalah ianya berintegrasi dengan Google Drive di mana anda boleh menghasilkan dan menguruskan VideoNot.es anda terus dari Google Drive anda dan boleh mengaksesnya dari mana-mana tempat. Fungsi VideoNot.es bukan sahaja untuk penghasilan video malahan ianya membolehkana anda menaip nota untuk di sinkronis kepada video yang anda hasilkan. Menarikkan! Nanti saya akan buat satu dan share kan di blog ini. InsyaAllah.
  •  
  •  
  • Animoto
  • Animoto membenarkan penghasilan video dengan melakukan rekabentuk berdasarkan keperluan anda. Anda boleh memasukkan text, imej/gambar dan video mengikut keperluan anda.



  •  
  •  
  • EDpuzzle
  • Cara yang paling mudah untuk melibatkan pelajar anda dengan penggunaan video, mengambil video, menambah sentuhan tersendiri yang anda perlukan dalam sesuatu video. Ianya sanga mudah digunakan. Anda hanya perlu memilih mana-mana video yang ingin anda gunakan sama ada dari atas talian mahupun video yang anda ambil sendiri, dan kemudiannya anda boleh mengedit video tersebut, melakukan kuiz dan mengesan kefahaman pelajar anda.
  •  
  • Di bawah adalah kaedah penggunaan Edpuzzle
  •  
  •  
  •  
  • Present.me
  •  
  • Present.me membolehkan anda merekod dan berkongsi video menggunakan web kamera. Anda boleh merekod dan berkongsi terus video anda di laman web Present.me. 


  •  
    Aplikasi dan peralatan yang disarankan ini adalah bergantung kepada keperluan anda sebagai guru/ahli akademik. Saya menyarankan anda melakukan eksplorasi dan kemudian  memilih peralatan atau aplikasi yang sesuai untuk anda!.

    Good Luck!

    @PM AAZ
    p/s Saya akan cuba melakukan review yang lebih detail utk aplikasi yang saya guna dari masa ke semasa.

0 comments: