Kursus PnP 2017b

02:25 mel 0 Comments

Pada 24 Ogos 2017, saya telah ditugaskan untuk menjadi pemudahcara kursus Pengajaran dan Pembelajaran bagi pensyarah-pensyarah baru USM untuk kali kedua bagi tahun 2017. Saya diberi tanggungjawab untuk menyampaikan sesi di bawah tajuk Portfolio Pengajaran, e-Portfolio dan ePortfolio@USM via MAHARA.  Sesi sehari ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pensyarah baru tentang keperluan membangunankan Portfolio Pengajaran masing-masing untuk tujuan pengesahan jawatan dan untuk lain-lain tujuan semasa dalam perkhidmatan di USM.

Sesi telah berjalan lancar, alhamdulillah. Saya mendapati bahawa pensyarah-pensyarah baru makin mudah diperkenalkan dan dilatih dengan penggunaan teknologi MAHARA yang digunakan untuk ePortfolio USM berbanding pensyarah-pensyarah baru sebelum ini. 

Di bawah merupakan sesi yang dijalankan pada 24 ogos 2017 tersebut.











Semoga kursus ini telah akan memberi manafaat kepada semua pensyarah baru USM.

Photo kredit Flickr CDAE USM

~PMAAZ

0 comments:

Bengkel Pemantapan PdP Penceramah INSTUN 2017

21:51 mel 0 Comments

Pada7 dan 8 September 2017, saya telah dijemput sebagai penceramah/pemudahcara Kursus Pemantapan PdP menggunakan Interactive ICT Tools oleh Bahagian Teknologi Maklumat, Institut Tanah dan Ukur Negara, Tg Malim Perak, Ini adalah kali ke 3 saya dijemput oleh INSTUN untuk memberikan kursus kepada kakitangan mereka yang menjalankan latihan kepada kakitangan kerajaan seluruh Malaysia.

Saya telah diberi akses kepada satu kursus bertajuk Pemantapan PdP menggunakan Interactive ICT Tools (TM032/17) di elearn.instun.gov.my dan keseluruhan modul latihan  telah saya masukkan di sana untuk memudahakan  para peserta mengakses bahan tersebut selepas latihan dijalankan.

Sebahagian peserta kursus
Saya ketika menjalankan latihan
Peserta sedang melakukan aktiviti

Ketua jabatan Bahagian Teknologi Maklumat, INSTUN, Encik Nasir ismail (kiri) turut menghadiri latihan yang dijalankan.

Di bawah merupakan dalah satu padlet yang digunakan oleh peserta untuk menjalankan aktiviti semasa bengkel tersebut. Peserta telah didedahkan dengan penggunaan ICT tools dan apps seperti biteable, canva, screencast-o-matic dan mentimeter berasaskan pendekatan Gagne 9 events of instruction. Alhamdulillah bengkel telah berjalan lancar dan diharapkan semoga bermanafaat kepada semua peserta dalam memantapkan latihan yang akan mereka laksanakan di masa yang akan datang.

Made with Padlet

~PMAAZ

0 comments:

Viva PhD Siti Nurma Hanim - PPSP

21:20 mel 0 Comments

Pada 11 Sept 2017 telah berlangsung peperiksaan lisan (viva) kepada calon Siti Nurma Hanim binti Hadie @ Haji di Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian. Oleh sebab thesis Siti Nurma adalah berfokuskan Medical Education maka saya telah dilantik sebagai pemeriksa dalam untuk viva tersebut. Terdapat dua org Penilai Luar bagi viva ini iaitu Prof Dr. Azian (Uitm) dan Prof. Dr. Vishna (IIUM) memandangkan calon merupakan staf PPSP.  Tajuk Thesis adalah: The Design, Development dan Evaluation of CLT-bLM in Anatomy Teaching.

Alhamdulillah viva berjalan lancar dan calon telah lulus dengan pembetulan Minor.



kiri Wakil  Dekan, Prof Azian, Siti Nurma Hanim, Prof Vishna dan saya.



~PMAAZ

0 comments: