Interaktif PowerPoint untuk P&P (Individu) – 30%

20:14 Anonymous 1 Comments

Pelajar dikehendaki memyediakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Aktiviti ini mestilah dilakukan secara interaktif dan tidak hanya menggunakan ciri-ciri biasa dalam Microsoft Powerpoint tersebut. Jangka masa persembahan powerpoint tersebut adalah selama 10-15 minit.


Frequently Asked Questions (FAQ)

  1. Soalan: Perlukah saya menyertakan RPH bagi powerpoint ini? Jawapan : Tidak Perlu
  2. Soalan: Perlukah saya membuat powerpoint ini dari Set Induksi ke Penutup Pengajaran?? Jawapan: Tidak perlu, Anda hanya perlu memasukkan isi pengajaran sahaja
  3. Soalan: Bagaimanakah powerpoint ini akan dihantar? Jawapan: Ianya anda perlu hantar ke alalamat email yang akan saya war warkan pada perjumpaan ke 4 nanti
  4. Soalan: Boleh kah saya membuat 'hyperlink' dalam powerpoint saya? Jawapan: Boleh, tetapi anda harus menyertakan alamat/page hyperlink tersebut sewaktu penghantaran. Ada pelajar cuba 'burn' dalam CD, jadi apabila anda burn dalam CD file hyperlink tersebut juga perlu ada dalam CD tersebut.
  5. Soalan: Bila nak hantar projek ni? Jawapan: Perjumpaan terakhir (Perjumpaan 5) melalui email sahaja.


p/s soalan & jawapan akan diupdate sekiranya ada soalan dikemukakan dalam google groups!


~Contoh Powerpoint ~


~Dr. A


1 comment:

  1. Assalamualaikum..Dr saya nak bertanya..
    1)Powerpoint interaktif bukan dua hala ker?sebab bahan yang saya perolehi semua dua hala..saya pun keliru dah..

    Tq Dr

    ReplyDelete